![]() |
artismelayu.net | ![]() |
Anna Jobling |
BBNU (Artis Baru Popular) |
|
Anna Jobling (Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22 tahun) adalah BBNU (Artis Baru Popular) Paling Popular di ABPBH 35 2023. Sebelum ini kategori ini dinamakan 'Artis Baru Popular'. Pemenang anugerah artis baru paling popular sebelum ini ialah kumpulan Dolla. Anna Jobling dipilih oleh peminat artis Malaysia mengatasi Top 5 BBNU yang lain iaitu Qasrina Karim, Puteri Khareeza, Siti Khadijah Halim dan Sopha Albarakbah. Sangat besar kemungkinannya yang poulariti drama fenomena Melur Untuk Firdaus membantu Anna Jobling menjadi pilihan di hati peminat artis tanah air. Sebenarnya nak kata Anna Jobling ni sebagai artis baru tidaklah juga sebab dia telah pun menjadi artis sejak tahun 2019 lagi. Dalam tahun 2019 Anna Jobling dah jadi pelakon dalam drama TV Keluarga Baha Don (Musim 1) melalui saluran TV Viu. Dalam tahun berikutnya (2020) Anna Jobling berlakon dalam drama Awesome TV One Two Hantu. Dalam tahun 2021 Anna Jobling terlibat dalam drama Kalung (TV Okey), Malaysian Ghost Story (Astro Ria), Mr. Millennium (TV9), Oh My Hantaran (TV9), dan Shah Alam 4000 (TV3). Anna Jobling semakin mendapat tempat di hati peminat artis tanah air melalui drama TV3 Melur Untuk Firdaus (Musim 1, 2022) dan Melur Untuk Firdaus (Musim 2, 2023). Setakat ini, 'Artis Baru' Anna Jobling telah menjadi pelakon filem dalam filem Pasal Kau! terbitan Netflix (2020) dan filem Penunggang Agama 2 terbitan Skop Production (2021). Di malam ABPBH 35, Anna Jobling berjaya mencipta hatrick dengan memenangi anugerah Artis Baru Popular, Aktres TV Popular, dan Couple TV Popular. Sehingga kini Anna Jobling tercalon untuk 6 anugerah dalam pelbagai pertandingan dan menang semuanya iaitu Selebriti Wanita Paling Seksi (Anugerah Stail Eh! 2022), Pelakon Wanita Popular (Anugerah Drama Sangat 2023), Pasangan Drama Terbaik (Anugerah Drama Sangat 2023), Artis Baru Popular (ABPBH 35), Aktres TV Popular (ABPBH 35), dan Couple TV Popular (ABPBH 35). Tahniah untuk Anna Jobling. |
To 5Top 20Artis Baru Popular (Wanita) dulu-duluABPBH 34 - DolaABPBH 33 - Isyariana Che Azmi ABPBH 32 - Haneesya Hanee ABPBH 31 - Farah Nabilah ABPBH 30 - Sweet Qismina ABPBH 29 - Mira Filzah ABPBH 28 - Ayda Jebat ABPBH 27 - Zara Zya ABPBH 26 - Wawa Zainal ABPBH 25 - Tasha Shilla ABPBH 24 - Ana Raffali ABPBH 23 - Yuna ABPBH 22 - Stacy ABPBH 21 - Mila Jirin ABPBH 20 - Farahwahida ABPBH 19 - Farah Diana Anuar ABPBH 18 - Jaclyn Victor ABPBH 17 - Misha Omar ABPBH 16 - Elyana ABPBH 15 - Maya Karin ABPBH 14 - Intan Sarafina |