artismelayu.net

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
ABPBH 35 2023


Anna Jobling

Aktres TV Paling Popular (Wanita)

Anna Jobling (Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22 tahun) adalah Aktres TV Paling Popular ABPBH 35 2023.

Anna Jobling memang popular. Ini kerana dia mencipta sejarah ABPBH dengan menjadi artis wanita yang pertama yang menang kedua-dua anugerah artis baru paling popular dan pelakon tv wanita paling popular serentak. Belum ada lagi artis wanita lain sebelum ini yang mencapai kejayaan seperti ini.


Seiras. Anna Jobling dan Amelia.

Anna Jobling menewaskan Siti Saleha yang menang dua kali berturut-turut sebelum ini (ABPBH 33, ABPBH 34). Siti Saleha masih dalam Top 5 aktres TV popular yang menunjukkan yang dia masih popular di kalangan peminat artis Malaysia. Namun mungkin fenomena drama sensasi Melur Untuk Firdaus (Drama TV Paling Popular) menyebabkan Anna Jobling berjaya memintas Siti Saleha. Ini hanyalah suatu teori kemungkinan.

Sedikit fakta tentang Anna Jobling:

  • Merupakan anak tunggal dalam keluargannya. Bapanya seorang jurutera orang putih dari Britain manakala ibunya orang Melayu dari Melaka.

  • Pernah masuk pertandingan ratu cantik Miss Melaka dan Miss Pahang.

  • Sejak berumur 15 tahun lagi telah dihantar oleh keluarganya ke akademi peragaan di bawah kelolaan supermodel Malaysia, Amber Chia.

  • Finalis Dewi Remaja 2018/2019 dan mendapat tempat keempat. Finalis Dewi Remaja 2018/2019 tersebut melahirkan lima orang artis dalam bidang lakonan iaitu Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail, Arena Lieya dan Anna Jobling sendiri.

  • Pada Julai 2022, Anna Jobling menjadi satu-satunya artis dan selebriti dari Malaysia yang tersenarai dalam 100 Most Beautiful Faces of 2022 oleh TC Chandler.

  • Menjadi model iklan sejak tahun 2017 iaitu untuk Samsung Galaxy A. Dalam tahun tersebut, Anna Jobling menjadi model iklan untuk satu jenama sahaja. Di tahun berikutnya baharulah Anna Jobling berjaya memikat banyak brand terkenal lain untuk menjadi model iklan mereka iaitu DiGi 4G Plus, Mi Sedaap, Harpic, Watsons, Enchanteur, Darlie (semuanya tahun 2018), Samsung Galaxy A7 & A9, WOW Raya Kylez, Tune Talk, Marie Claire X Fossil (semuanya tahun 2019) dan Bata (2023).

  • Tercalon untuk 6 anugerah dalam pelbagai pertandingan dan menang semuanya iaitu Selebriti Wanita Paling Seksi (Anugerah Stail Eh! 2022), Pelakon Wanita Popular (Anugerah Drama Sangat 2023), Pasangan Drama Terbaik (Anugerah Drama Sangat 2023), Artis Baru Popular (ABPBH 35), Aktres TV Popular (ABPBH 35), dan Couple TV Popular (ABPBH 35).

  • Pernah main teater iaitu menjadi Mimi dalam teater Maduku Terpaling Kalut (Edisi ketiga) pada September-Oktober 2022.

    To 5

  1. Anna Jobling
  2. Siti Saleha
  3. Raysha Rizrose
  4. Sharifah Rose
  5. Puteri Sarah Liyana
  6. Top 20

  7. Amyra Rosli
  8. Emma Maembong
  9. Fasha Sandha
  10. Intan Najuwa
  11. Janna Nick
  12. Mira Filzah
  13. Nelydia Senrose
  14. Nabila Huda
  15. Ruhainies
  16. Sofia Albarakbah
  17. Sweet Qismina
  18. Ummi Nazeera
  19. Uqasha Senrose

Aktres TV Paling Popular ABPBH (Wanita)

  • ABPBH 35 - Anna Jobling
  • ABPBH 34 - Siti Saleha
  • ABPBH 33 - Siti Saleha
  • ABPBH 32 - Mira Filzah
  • ABPBH 31 - Nur Fazura
  • ABPBH 30 - Janna Nick
  • ABPBH 29 - Emma Maembong
  • ABPBH 28 - Nad Zainal
  • ABPBH 27 - Siti Saleha
  • ABPBH 26 - Nabila Huda
  • ABPBH 25 - Fasha Sandha
  • ABPBH 24 - Fasha Sandha
  • ABPBH 23 - Tiz Zakiah
  • ABPBH 22 - Dynas Mokhtar
  • ABPBH 21 - Dynas Mokhtar
  • ABPBH 20 - Fasha Sandha
  • ABPBH 19 - Fasha Sandha
  • ABPBH 18 - Eja
  • ABPBH 17 - Abby Abadi
  • ABPBH 16 - Abby Abadi
  • ABPBH 15 - Abby Abadi
  • ABPBH 14 - Abby Abadi