Anugerah Bintang Popular 2008
Anugerah Bintang Popular 2009
Lima calon akhir untuk bertanding dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular 2009 (ABP 2009) sudah diumumkan di Royal Ballroom 3, Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Kali ini ramai bintang yang baru menjadi calon. Penyertaan artis-artis senior pula memang masih ada namun tidak seramai tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin kerana ramai artis-artis senior tidak lagi dapat mempertahankan populariti, atau artis-artis baru terlalu ramai muncul, atau kedua-duanya sekali.
Muka-muka baru ialah Yuna, Stacy, Mila, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain, Black, Lisa Surihani, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Putri Mardiana, Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Zizan dan Aizat. Mereka semua ni dikira menjadi pelapis untuk mewarnai dunia seni tanah air.
Artis-artis senior yang nampaknya masih kekal di hati peminat ialah Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Afdlin Shauki, Maya Karin, AC Mizal, Aznil Nawawi, Linda Onn, Saiful Apek, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Pemenang Bintang Paling Popular ABP 2009 kali ini bakal memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000, barangan emas Habib Jewels, perabot bernilai RM30,000 dan pakej penginapan mewah tiga hari dua malam di Head Of State Suite tajaan Hotel Palace Of The Golden Horses.
Selain trofi, pemenang bagi setiap kategori pencalonan bakal memenangi pelbagai hadiah menarik seperti barangan kemas Habib Jewels dan perabot bernilai RM5,000.
Malam ABP 2009 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang 4 April 2010.
Senarai Calon
Penyanyi Lelaki Popular
Adam, Akim, Aizat, FAizal Tahir, Mawi
Penyanyi Wanita Popular
Jacklyn Victor, Mila, Siti Nurhaliza, Stacy, Yuna
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
Adam & Stacy, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain & Black, 6ixth Sense
Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz, In-Team, Rabbani, Raihan, Saujana
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz, Afdlin Shauki, Farid Kamil, Que Haidar, Zul Huzaimy
Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin, Sharifah Amani
Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Fizo Omar
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha, Noorkhiriah, Rozita Che Wan, Scha Alyahya, Tizz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular
AC Mizal, Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Nabil
Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad, Fara Fauzana, Nurul Syuhada, Raja Azura, Sarimah Ibrahim
Penyampai Radio Lelaki Popular
AG, Aznil Nawawi, Din Beramboi, Faizal Ismail, Kieran
Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana, Fara Fauzana, Nana, Linda Onn, Sharifah Aleya
Artis Komedi Lelaki Popular
AC Mizal, Afdlin Shauki, Nabil, Saiful Apek, Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah, Didie Alias, Kenchana Dewi, Noorkhiriah, Nik Sayiddah
Artis Baru Lelaki Popular
Akim, Aril, Black, Gambit, Hafiz
Artis Baru Lelaki Popular
Dira Abu Zahar, Isma, Puteri Mardiana, Tiz Zaqyah, Yuna
|